Sunday 26 April 2015

Minggu 10

Minggu 10

Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu




Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.

Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.
Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan
(i) Penentuan peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran bahasa
(i) Penentuan peringkat pengajaran
  • Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
  • Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:
Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

(i) Kemahiran Berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantĂș mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.

Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.

Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Prinsip pembinaan bahan video dan audio:


Langkah-langkah membina bahan video pengajaran


Menggunakan windows movie maker 2.6 untuk membina video

Pilih gambar dan video yang ingin digunakan dalam penghasilan video

Masukkan lagu yang sesuai untuk menghasilkan satu video yang menarik 


Masukkan video effect sebagai penambahbaikkan dalam video yang dihasilkan


Masukkan title dan credit untuk memperkenalkan video 

Video yang telah dihasilkan 



Video Pengajaran dan Pembelajaran oleh guru pelatih Rozza Pung















Minggu 9

Minggu 9

Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad pengumuman.


Pengenalan
  • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.
Prosedur pengeditan

  • Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.

Langkah-langkah mengedit bahan pengajaran Bahasa Melayu Secara Talian dengan menggunakan Lucidpress

Taip lucidpress di google chrome untuk menggunakannya.


Tekan Free Brochure Maker Online untuk mengedit bahan pengajaran Bahasa Melayu.

Sign up satu akaun percuma untuk meneruskannya

Pilih satu template yang sesuai untuk menghasilkan brosur anda

Teruskan kreativiti dan usaha untuk menghasilkan brosur yang menarik
Brosur yang dihasilkan tentang Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
Brosur yang dihasilkan tentang Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer





Thursday 23 April 2015

Minggu 8

Minggu 8

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

Pengenalan
  • Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan  kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet 
  • Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
  • Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

Kelebihan pengajaran secara atas talian

i. Dapat mengakses bahan dengan cepat
ii. Kepelbagaian bahan di internet
iii. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan


Kekangan mengadakan pembelajaran secara atas talian:
i.              Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar
ii.             Alat penyambung talian tidak berfungsi
iii.            Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband) 

Contoh : 
1. Schoology
2. Blogger
3. Prezi
4. E-tutor
Image result for blogger
Blogger



Image result for e-tutor
E-tutor


Image result for prezi
Prezi

Image result for schoology
Schoology











Minggu 7

Minggu 7

     Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Model Pemprosesan Maklumat
Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.  Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer. 

Prinsip-prinsip utama Model Pemprosesan Maklumat
i.              Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat 
ii.             Pengaliran maklumat dua hala 
iii.            Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. 
iv.           Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat. 


Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
  1. Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
  2.  Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
  3. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. 

Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')
  1. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. 
  2. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. 
  3.  Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali
IMPLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
  • Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik “Perbandingan antara karnivor dengan hebivor”, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan
  • Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya.
  •  Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna
  •  Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.

Minggu 6


Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan 
Pembelajaran Bahasa Melayu 

- Membina perpautan dan penyususunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5.

      Struktur rangkaian membawa erti dalam laman web terdapat satu rangkaian yang boleh memaparkan laman utama kembali stelah melayani pautan lain. Dengan menggunakan kaedah hiperlink dan sebagainya. Laman seperti ini, menarik dan membantu pengguna dengan mudah.

       - Apa itu hierarki?
       Dalam konteks pengajaran bahasa melayu bermaksud susunan daripada tajuk utama kepada tajuk kecil.      Susunan atau kedudukan tinggi rendah (dalam organisasi, masyarakat dan sebaginya) berdasarkan taraf  atau kekuasaan.



Menekan pautan "Set induksi" dapat membuat rangkaian kepada video pengajaran.

Video Set Induksi,tekan butang 'Home' untuk kembali ke halaman utama.



Sekarang, tekan langkah 1 dapat membuat rangkaian ke halaman seterusnya.
Langkah 1 tentang aktiviti mari teka bunyi-bunyi haiwan.
Rangkaian kepada halaman ini jika jawapan betul
Rangkaian ke halaman ini jika jawapan salah.