Thursday 23 April 2015

Minggu 7

Minggu 7

     Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Model Pemprosesan Maklumat
Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.  Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer. 

Prinsip-prinsip utama Model Pemprosesan Maklumat
i.              Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat 
ii.             Pengaliran maklumat dua hala 
iii.            Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. 
iv.           Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat. 


Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
  1. Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
  2.  Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
  3. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. 

Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')
  1. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. 
  2. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. 
  3.  Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali
IMPLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
  • Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik “Perbandingan antara karnivor dengan hebivor”, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan
  • Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya.
  •  Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna
  •  Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.

No comments:

Post a Comment